Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    100,000 kanak-kanak Haiti berisiko mati kelaparan

    BANGSA-BANGSA BERSATU, 12 MEI – Keganasan kumpulan yang melanda Haiti telah membawa kepada peningkatan 30 peratus dalam kekurangan zat makanan akut yang teruk kepada kanak-kanak tahun ini, kata UNICEF semalam, memberi amaran nyawa lebih 100,000 orang muda berdepan risiko.

    Lebih 115,000 kanak-kanak yang berdepan kemungkinan mati kelaparan di negara kepulauan Caribbean itu pada 2023 meningkat daripada hampir 86,000 tahun lalu, kata dana kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu itu.

    “Keganasan bersenjata telah meningkatkan bilangan kanak-kanak di Haiti yang mengalami kekurangan zat makanan akut yang teruk (SAM), juga dikenali sebagai penyusutan badan teruk, yang telah meningkat di negara ini,” kata UNICEF dalam satu kenyataan.

    “Di Haiti, semakin ramai ibu dan bapa tidak lagi dapat memberikan penjagaan dan pemakanan yang sesuai kepada anak-anak mereka, dan ibu bapa tidak boleh membawa mereka ke pusat kesihatan kerana peningkatan keganasan yang disebabkan kumpulan bersenjata,” kata wakil UNICEF di Haiti Bruno Maes.

    Kumpulan saingan telah menguasai sebahagian besar ibu kota Port-au-Prince ketika Haiti, negara termiskin di Amerika, dicengkam krisis politik dan ekonomi sejak pembunuhan Presiden Jovenel Moise pada Julai 2021.

    “Digabungkan dengan wabak kolera yang berterusan, lebih ramai kanak-kanak mengalami penyusutan badan dengan lebih cepat, dan akan mati jika langkah segera tidak diambil,” Maes memberi amaran.

    UNICEF memerlukan AS$17 juta untuk bertindak balas terhadap krisis, kata agensi itu dalam kenyataannya, termasuk menyokong pengesanan kekurangan zat makanan dan membeli makanan dan rawatan lain.

    Tanpa campur tangan sedemikian, ‘keadaan boleh merosot lagi antara sekarang dan Oktober,’ kata kenyataan itu. – AFP

    Pendatang Haiti meredah air ketika menyeberangi Darien Gap dari Colombia ke Panama dalam harapan sampai ke AS pada 9 Mei 2023. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...