Saturday, December 2, 2023
27.2 C
Brunei

    -

    104 hadir taklimat dadah

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 OKT – Untuk meningkatkan kesedaran penyalahgunaan dadah dalam kalangan kakitangan syarikat, VAM®BRN Sdn Bhd telah mengadakan taklimat selama dua hari, pada 18 Oktober lalu dan hari ini.

    Taklimat kesedaran yang dihadiri oleh 104 orang kakitangan syarikat tersebut telah disampaikan oleh salah seorang pegawai dari Biro Kawalan Narkotik (BKN), Dayang Sima binti Haji Hamidon.

    Taklimat yang diungkayahkan secara tahunan itu merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat berkenaan dan pelaksanaannya bertujuan mendidik para peserta bukan sahaja tentang bahaya penyalahgunaan dadah yang boleh merosakkan akhlak, masyarakat dan negara serta pencegahannya bahkan ia juga boleh menambah pengetahuan peserta-peserta dengan fakta dan maklumat yang betul berkaitan isu dadah dan tindakan undang-undang yang ditetapkan.

    Antara kakitangan VAM®BRN semasa hadir pada taklimat yang diadakan. – Gambar serahan VAM®BRN Sdn Bhd
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    AS$2.2 juta dilarikan perompak bersenjata

    NEW DELHI, 1 DIS – Perompak bersenjata melarikan 188 juta rupee (AS$2.2 juta) dari sebuah bank di negeri timur laut Manipur yang dilanda keganasan. Rompakan...