Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    111 pemain bersaing pada Kejohanan Golf Amatur Terbuka Labuan

    LABUAN, 5 JAN – Seramai 111 pemain akan bersaing pada Kejohanan Golf Amatur Terbuka Labuan 2023 di Kelab Golf Labuan (LGC) di sini, Sabtu dan Ahad ini.

    Presiden LGC, Datuk Gapilin Nasaruddin berkata kejohanan itu adalah edisi ke-8 bagi lelaki dan ke-6 bagi wanita.

    Beliau berkata kelab golf berkenaan terus menerima sokongan menggalakkan daripada pemain golf seluruh negara dan Brunei bagi kejohanan tahunan berkenaan.

    “Kami berjaya menarik penyertaan bukan sahaja pemain dari Labuan, Sabah, Sarawak dan Semenanjung malah dari Brunei. Kami akan terus menambah baik fasiliti di LGC,” katanya kepada Bernama hari ini.

    Menurut Gapilin, LGC mendahului senarai penyertaan dengan 25 pemain diikuti 19 dari Brunei termasuk pemain tertua, seorang lelaki berusia 75 tahun daripada Kelab Golf Pantai Mentiri (PMGC) manakala bakinya pemain daripada pelbagai kelab di negeri lain.

    Pada edisi 2019, Joannes Pius daripada LGC muncul juara kategori lelaki manakala Edora Abdullah daripada Kelab Golf Kudat merangkul juara kategori wanita. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...