Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    13 maut nahas bas di Myanmar

    YANGON, 15 SEPT – Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dan 23 yang lain cedera apabila dua bas penumpang berlanggar dengan kereta yang diletakkan di sebatang jalan di tengah Myanmar, menurut perkhidmatan keselamatan hari ini.

    Nahas berhampiran tengah bandar Kyaukpadaung di kawasan Mandalay itu berlaku pada jam 8:25 malam waktu tempatan kelmarin.

    “Kesemuanya 10 orang lelaki dan tiga orang wanita terbunuh,” kata Jabatan Perkhidmatan Bomba Myanmar. Manakala 13 lelaki dan seorang wanita cedera parah, menambah bahawa lima lelaki dan empat wanita hanya cedera ringan.

    Kesemua mangsa telah dikejarkan ke hospital berhampiran Kyaukpadaung. Kenderaan penyelamat, pekerja dan perkhidmatan sosial dikerahkan ke tempat kejadian susulan kemalangan itu. Punca kemalangan bagaimanapun tidak diketahui dan masih disiasat.

    Semenjak kudeta tentera dalam Februari tahun lalu, perintah berkurung pada waktu malam mengakibatkan pemandu bergegas untuk sampai ke destinasi mereka. Namun kemalangan jalan raya sememangnya biasa di Myanmar kerana rangkaian pengangkutannya yang teruk. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...