Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    2 maut, 6 cedera dalam kejadian amuk

    LOS ANGELES, 7 OKT – Satu kejadian tikaman tanpa provokasi di Las Vegas Strip menyebabkan dua orang maut dan enam lagi cedera kelmarin, menurut polis di bandar raya tersebut.

    Penduduk tempatan dan pelancong menjadi mangsa dalam kejadian itu, yang berlaku pada tengah hari di tempat yang biasanya dipenuhi pengunjung.

    James LaRochelle dari Jabatan Polis Metropolitan Las Vegas berkata penyerang telah menggunakan pisau besar dengan bilah panjang, dan menyerang mangsa pertamanya tanpa sebarang amaran.

    “Kejadian tersebut berlaku di kawasan kaki lima dan berlaku tanpa provokasi,” katanya pada sidang media. Lelaki itu kemudian berlari di sepanjang jalan dan menyerang beberapa orang lain.

    “Dua daripada mangsa tersebut meninggal dunia manakala tiga dalam keadaan kritikal. Mangsa lain masih dirawat di hospital,” kata LaRochelle.

    Orang ramai mengejar ketika penyerang melarikan diri, sehingga dia dipintas oleh pengawal keselamatan dan pegawai polis, menurut LaRochelle.

    Suspek seorang lelaki Hispanik berusia 30an, dipercayai bukan penduduk Las Vegas, kata polis.

    Televisyen tempatan menyiarkan rakaman responden pertama membantu mangsa di jalanan.

    Sebahagian daripada kawasan Las Vegas, tempat terletaknya venue utama termasuk pusat peranginan Wynn Las Vegas dan The Venetian, kekal ditutup kelmarin ketika para detektif meninjau tempat kejadian. – AFP

    Gambar fail menunjukkan kakitangan kecemasan bertindak balas di tempat berlakunya tikaman di Las Vegas Strip. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...