Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    2 Remaja maut tercampak keluar dari kereta

    ISKANDAR PUTERI, 12 JULAI – Dua remaja maut selepas tercampak keluar dari kereta yang mereka naiki selepas kenderaan itu hilang kawalan dan terbabas berhampiran Stadium Sultan Ibrahim, Gelang Patah, di sini, tengah malam tadi.

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Khairi Zainuddin berkata mangsa lelaki

    yang terkorban dikenali sebagai Lee Kah Lok, berusia 19 tahun dan ditemukan tersepit di bahagian bawah kereta manakala seorang remaja perempuan, Ng Kui Ying, 15, ditemukan bersebelahan kenderaan tersebut. 

    “Kedua-duanya disahkan maut di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Beliau berkata kereta jenis Honda Civic EJ itu dipercayai berpusing mengakibatkan pemandu lelaki dan remaja perempuan itu tercampak keluar dari kenderaan.

    Beliau berkata pihak bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan menyelamat ‘air lifting bag’ sebelum menyerahkan mayat mangsa kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

    Mohd Khairi berkata Pusat Gerakan Operasi negeri menerima panggilan kecemasan kira-kira 12:23 tengah malam dan sebuah jentera dari BBP Iskandar Puteri dengan lapan anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

    Operasi tamat sepenuhnya pada 1:37 pagi, katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...