Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    21 maut dalam nahas bas

    KAMPALA, 8 JAN – Seramai 21 orang telah meninggal dunia kelmarin apabila sebuah bas yang sedang menuju ke ibu kota Kenya, Nairobi telah terbabit dalam kemalangan sejurus selepas merentasi sempadan dari Uganda, kata polis, yang merupakan tragedi terkini dalam beberapa kemalangan jalan raya yang membawa maut.

    Kerajaan Uganda sedang merancang untuk mengeluarkan langkah-langkah baharu bagi meningkatkan keselamatan jalan raya selepas pertambahan mendadak kemalangan di negara Afrika Timur itu sepanjang tempoh perayaan.

    Jurucakap wilayah serantau Uganda, Rogers Taitika memberitahu AFP bahawa 21 orang mangsa tersebut disahkan maut selepas kemalangan pada petang Sabtu. Mereka yang terbunuh kebanyakannya merupakan warga Kenya, termasuk juga lapan warga Uganda.

    Bas tersebut sedang dalam perjala-nan dari timur bandar Uganda, Mbale ke Nairobi dan terbabas di bandar Kenya, Lwakhakha, yang berhampiran dengan sempadan Uganda.

    Seramai 49 orang yang lain hanya mengalami kecederaan, kata Taitika, sambil menambah pemandu bas terbabit telah hilang kawalan, seterusnya menyebabkan kenderaan tersebut terbabas dari jalan raya.

    “Penemuan awal mendapati pemandu bas tersebut telah memandu melebihi had laju,” tambahnya. – AFP

    Taitika berkata kebanyakan nahas jalan raya berpunca daripada sikap pemandu yang tidak mematuhi had laju yang telah ditetapkan. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...