Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Anwar tiba di Indonesia untuk lawatan rasmi pertama

    JAKARTA, 8 JAN – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Indonesia hari ini, dalam lawatan rasmi pertamanya ke luar negara sejak menyandang jawatan itu pada 24 November lepas.

    Perdana Menteri Malaysia ke-10 yang dikenali rakyat dan dihormati tokoh masyarakat di sini, diiringi isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam lawatan dua hari itu.

    Pesawat khas yang membawa Anwar dan isteri mendarat di Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta pada 2 petang waktu tempatan (3 petang waktu Malaysia).

    Ketibaan beliau disambut oleh Menteri Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat Indonesia, Basuki Hadimuljono dan Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono. Anwar diiringi Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Adlan Mohd Shaffieq.

    Anwar memulakan lawatan dengan tradisi bersongkok yang sering dipakai untuk menghadiri acara tertentu demi memartabatkan budaya.

    Anwar dijadual mengadakan pertemuan dengan Presiden Indonesia Joko Widodo esok yang memberi peluang kepada Kuala Lumpur dan Jakarta menilai kemajuan kerjasama dua hala, meneroka peluang kerjasama baharu serta menggalakkan usaha bersama untuk menangani cabaran serantau dan global. – Bernama

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta sempena lawatan rasmi dua hari ke Indonesia kelmarin. – Bernama
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...