Saturday, April 27, 2024
36 C
Brunei

    -

    22 pemain hoki M’sia jadi taruhan menentang Australia

    KUALA LUMPUR, 20 APRIL – Seramai 22 pemain skuad hoki lelaki kebangsaan Malaysia terpilih untuk menjalani empat siri perlawanan ujian antarabangsa bertemu Australia di Stadium Hoki Perth bermula 23  hingga 28 April ini.

    Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) dalam satu kenyataan memaklumkan pasukan Speedy Tigers yang dijadualkan berlepas ke Perth esok akan bertemu skuad ranking nombor satu dunia itu bermula Sabtu ini diikuti pada 24, 26 dan 28 April.

    Daripada keseluruhan 22 pemain itu, KHM memaklumkan dua ialah penjaga gol, enam pemain pertahanan diikuti sembilan pemain tengah dan lima di bahagian serangan.

    Berdasarkan senarai pemain yang dikeluarkan, siri perlawanan persahabatan di Australia akan menjadi medan buat dua pemain iaitu Tengku Nasrul Ikmal Hakimie Tengku Abd Rahim dan Muhajir Abdu Rauf mengumpul ‘caps’ antarabangsa pertama mereka bersama skuad senior.

    Sementara itu, Ketua Jurulatih Kebangsaan A Arul Selvaraj berkata siri perlawanan di Australia yang merupakan tugas pertama antarabangsa skuad kebangsaan tahun ini amat penting untuk menilai tahap prestasi dan persiapan menjelang Piala Asia yang akan berlangsung di Jakarta, Indonesia pada 23 Mei hingga 1 Jun ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...