Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    China prihatin dengan isu Ukraine

    BEIJING, 20 APRIL – China prihatin dengan konflik Ukraine yang sehingga kini mencetuskan situasi kemanusiaan semakin parah dan memberikan kesan buruk yang serius, kata Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Zhang Jun pada Selasa.

    Beliau berkata demikian pada sesi membahaskan usul mengenai isu kemanusiaan di Ukraine pada mesyuarat Majlis Keselamatan PBB.

    Sehubungan itu, China menyarankan pihak terlibat untuk sedaya mungkin mempertahankan diri, mematuhi orde kemanusiaan antarabangsa, memelihara keselamatan dan kemudahan awam, serta memudahkan pemindahan dan bantuan kemanusiaan.

    Zhang berkata China menyokong usaha Setiausaha Agung, Antonio Guterres dan Naib Setiausaha Agung PBB, Martin Griffiths yang menggesa pihak bertelagah untuk mengadakan gencatan senjata dan persepakatan.

    “China juga mencadangkan masyarakat antarabangsa agar memperhebat penyelarasan, menjunjung tinggi tanggungjawab bersama, dan menyediakan lebih banyak sokongan kepada negara yang menerima pelarian,” kata Zhang. Selain itu katanya, China turut menegaskan bahawa gencatan senjata adalah pendekatan asas yang dapat menyelesaikan krisis kemanusiaan.

    Tambah Zhang, pihak lain seharusnya menumpu kepada sokongan masing-masing kepada rundingan diplomatik sambil menyifatkan pembekalan senjata secara besar-besaran tidak akan membawa kedamaian, malah hanya memburukkan lagi keadaan.

    “Sekatan menyeluruh telah mengakibatkan kesan buruk terhadap negara membangun dan ia adalah tidak adil dan munasabah.

    “Masyarakat antarabangsa diharap dapat mengintensifkan penyelarasan, menstabilkan bekalan dan harga bijirin serta tenaga, selain mengelak daripada sekatan eksport yang tidak perlu.

    “Selain itu, tindakan membekukan rizab mata wang asing negara lain adalah suatu pencabulan kedaulatan susulan sifatnya yang sama seperti menjadikan kebergantungan ekonomi sebagai senjata,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...