Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    25 korban Taufan Megi di Filipina

    MANILA, 11 APRIL – Hujan lebat akibat tekanan tropika musim panas telah meragut 25 nyawa di tengah dan selatan Filipina, kebanyakannya kerana tanah runtuh, kata pegawai hari ini.

    Dua orang penduduk kampung mati ditimbus tanah runtuh di empat buah kampung di bandar Baybay di tengah wilayah Lyte pada Ahad dan Isnin, menurut ketua polis bandar, Leftenan Kolonel Joeman Collado. Sekurang-kurangnya enam lagi dilaporkan hilang dalam kejadian serupa dan operasi mencari sedang dijalankan, menurutnya.

    Tiga lagi kematian berkaitan taufan dilaporkan oleh agensi tindak balas bencana utama kerajaan di wilayah selatan Davao de Oro dan Davao Oriental.

    “Dalam sebuah kampung, satu kejadian tanah runtuh berlaku dan mangsa lain malangnya turut dihanyutkan air yang tinggi,” kata Collado memberitahu rangkaian radio DZBB. “Terdapat sekurang-kurangnya enam hilang tetapi mungkin lebih ramai lagi,” katanya.

    Hampir 200 banjir dilaporkan di kawasan berasingan di wilayah tengah dan selatan pada hujung minggu, menyaksikan 30,000 keluarga terpaksa berpindah, sebahagiannya berlindung di tempat perlindungan bencana, kata pegawai.

    Pengawal pantai, polis dan bomba menyelamatkan sebahagian penduduk kampung dalam kawasan dilanda banjir, termasuk sebahagian yang terkandas di bumbung.

    Di bandar tengah Cebu, sekolah dan pejabat ditutup hari ini dan Datuk Bandar Micheal Rama mengisytiharkan situasi bencana bagi membolehkan dana kecemasan dikeluarkan secepat mungkin. – AP

    Gambar dari udara menunjukkan bangunan sekolah ditenggelami air di bandar Abuyog, wilayah Lyte, selatan Filipina, 11 April, susulan hujan lebat akibat Taufan Megi. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...