Saturday, April 27, 2024
26.1 C
Brunei

    -

    29 sertai kempen derma darah

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 28 MAC – Seramai 29 orang telah berjaya mendermakan darah dalam kempen derma darah anjuran pasukan Art of Living (AOL) yang berlangsung di Kelab Panaga, baru-baru ini.

    Hadir mengalu-alukan para penderma darah pada acara yang dikendalikan dengan kerjasama Hospital Suri Seri Begawan itu ialah ketua AOL, Mahesh Rajput.

    Kumpulan berkenaan berharap darah yang didermakan dapat memberikan impak positif kepada mereka yang memerlukannya.

    Dalam kesempatan itu, Mahesh Rajput turut mengongsikan bahawa kumpulan berkenaan merancang untuk menganjurkan kempen pembersihan pantai di Kuala Belait tidak lama lagi dan merayu setiap individu bagi menjadi sebahagian daripada kempen berkenaan untuk memastikan Brunei yang bersih.

    Ahli AOL bergambar ramai pada kempen berkenaan. – GAMBAR SERAHAN AOL
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...