Saturday, April 27, 2024
36 C
Brunei

    -

    20 keluarga terima sumbangan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 MAC – Sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosialnya, Persatuan Malayali telah mengadakan Kempen Derma Hari Raya ke-10.

    Sebanyak 20 buah keluarga telah dikenal pasti oleh persatuan berkenaan untuk menerima sumbangan Hari Raya pada majlis yang diadakan di Pusat Insani, Seria pada 17 Mac lalu.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Penghulu Mukim Kuala Belait, Haji Abdul Afiq bin Zainuddin.

    Menurut Persatuan Malayali, aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan merupakan salah satu objektif penubuhannya.

    Ia adalah sebahagian daripada komitmennya untuk memberikan kembali kepada masyarakat sebagai sebuah persatuan.

    Haji Abdul Afiq dan para penerima bergambar ramai pada majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN PERSATUAN MALAYALI
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...