Monday, May 29, 2023
27.6 C
Brunei

    -

    32 kanak-kanak positif dalam keadaan baik

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JAN – Pada masa ini, seramai 32 orang kanak-kanak yang berumur 11 tahun dan kebawah dijangkiti COVID-19 di negara ini.

    Walau bagaimanapun hampir kesemua kes yang melibatkan kanak-kanak berkenaan adalah dalam kategori satu dan cuma tiga orang daripadanya yang berada dalam kategori 2 pada ketika ini.

    Perkara tersebut diterangkan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa sidang media di Kementerian Kesihatan petang tadi.

    Menyentuh mengenai kes jangkitan COVID-19 yang tular baru-baru ini yang melibatkan seorang pelajar, Yang Berhormat Menteri Kesihatan menerangkan bahawa pelajar tersebut dan ahli keluarganya telah menjalani ujian saringan ART setelah merasa kurang sihat dan mempunyai gejala. Sesudah mendapati hasil ujian ART positif, mereka terus menjalani ujian swab dan didapati positif dijangkiti COVID-19.

    Perkara ini merupakan tindakan bertanggungjawab yang telah dilakukan oleh keluarga pelajar berkenaan, jelas Yang Berhormat Menteri Kesihatan. Walau bagaimanapun sebagai langkah berjaga-jaga, pihak sekolah pelajar tersebut telah dihubungi dan rakan sekelasnya diarahkan untuk menjalankan ujian swab dan diarah untuk kuarantin. Oleh itu, orang ramai adalah dinasihatkan untuk tidak berasa khuatir mengenainya.

    Pada masa ini seramai 32 orang kanak-kanak berusia 11 tahun dan kebawah dijangkiti oleh COVID-19.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China sedia hantar orang awam pertama ke angkasa lepas

    CHINA, 29 MEI - China akan menghantar angkasawan awam pertamanya ke angkasa lepas sebagai sebahagian daripada misi kru ke stesen angkasa Tiangong, esok, ketika...
    - Advertisment -