Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    38 pelanggan bertuah AIFA dipilih

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 OGOS – Cabutan bagi memilih 38 nama pemenang Cabutan Bertuah Hari Raya AIFA 2022 telah dijalankan pada majlis yang diadakan di kediaman Pengarah Urusan AIFA, Andy Lau di Lambak, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyempurnakan cabutan nama-nama pemenang yang disenarai pendekkan ialah Dato Paduka Haji Danial bin Haji Hanafiah.

    Turut hadir ialah para peniaga yang mengambil bahagian semasa promosi cabutan bertuah berkenaan.

    Sebelum cabutan undian dijalankan, Pengarah Urusan AIFA dalam ucapan alu-aluan ringkasnya merakamkan ucapan penghargaannya kepada para peniaga yang hadir untuk menyaksikan cabutan undian pelanggan bertuah pada hari tersebut dan atas sokongan mereka yang tidak putus-putus untuk AIFA dan jenama di bawahnya.

    Beliau juga mengambil peluang untuk mempromosikan barisan produk terkini untuk diedarkan kepada seluruh peniaga tempatan AIFA.

    Majlis turut diisikan dengan penyampaian hadiah kepada para peniaga bagi setiap pelanggan mereka yang bertuah Promosi hari raya yang berjalan dari 28 Mac sehingga 3 Julai lalu itu telah menyaksikan sejumlah 45,000 keping kupon cabutan terkumpul.

    Pemenang cabutan bertuah yang disenarai pendekkan itu akan dijemput ke majlis penyampaian hadiah pada tarikh yang akan diumumkan kemudian di mana mereka akan diberi peluang untuk memilih hadiah kemenangan.

    Dato Paduka Haji Danial membuat cabutan bagi memilih para pemenang bertuah promosi Hari Raya AIFA. – Gambar oleh Muiz Matdani
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...