Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    4 juta penduduk dibenarkan tinggalkan rumah

    BEIJING, 20 APRIL – Shanghai membenarkan lebih empat juta penduduk untuk meninggalkan rumah mereka hari ini ketika pengawalan antivirus yang menutup bandar terbesar China kini dilonggarkan, sementara Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengurangkan ramalan pertumbuhan ekonomi China dan memberi amaran aliran barangan industri global mungkin mengalami gangguan.

    Kira-kira 12 juta orang di bandar yang mempunyai 25 juta penduduk dibenarkan untuk keluar berikutan pusingan pertama pelonggaran pada minggu lalu, menurut pegawai kesihatan, Wu Ganyu semasa sidang berita. Wu berkata virus ‘berjaya dikawal dengan berkesan’ buat kali pertama di beberapa bahagian bandar itu.

    Di bawah perubahan terkini, lebih empat juta penduduk termasuk di kawasan yang statusnya berubah dari ditutup kepada terkawal, kata Wu. Dia berkata sebilangan penduduk tidak dibenarkan meninggalkan kejiranan mereka dan perhimpunan besar masih ditegah.

    Sementara itu, IMF mengurangkan ramalan bagi pertumbuhan China tahun ini kepada 4.4 peratus daripada 4.8 peratus disebabkan penutupan pusat industri Shanghai dan lainnya. Ia menurun hampir separuh daripada tahun lalu iaitu perkembangan 8.1 peratus dan di bawah sasaran China iaitu 5.5 peratus.

    Jumlah kes dalam peningkatan jangkitan terkini secara relatifnya adalah rendah, tetapi parti pemerintah menguatkuasakan strategi ‘sifar COVID’ dengan perintah berkurung bandar-bandar utama untuk mengurangkan kes.

    Hari ini, kerajaan melaporkan 19,927 kes baharu di tanah besar China, kesemua melainkan 2,761 kes tidak mempunyai gejala. Shanghai merekodkan 95 peratus daripada jumlah keseluruhan, atau 18,902 kes, yang mana 2,495 mempunyai gejala.

    Agensi kesihatan bandar Shanghai melaporkan tujuh yang dijangkiti COVID meninggal dunia kelmarin tetapi punca kematian disebabkan oleh kanser, penyakit jantung dan penyakit lain. Lima daripadanya berusia 60 tahun ke atas. – AP

    Penduduk memakai pelitup muka berjalan di persimpangan ketika waktu malam di Beijing, 20 April. Shanghai membenarkan 4 juta penduduk keluar dari rumah mereka ketika ia cuba melonggarkan sekatan. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...