Monday, March 27, 2023
25.5 C
Brunei

-

68 ahli WARGAMAS adakan lawatan muhibah ke Bintulu, Sarawak

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 MAC – Seramai 68 orang ahli Pertubuhan WARGAMAS telah mengadakan lawatan muhibah ke Bintulu Sarawak, Malaysia, baru-baru ini.

Lawatan Muhibah selama tiga hari yang bermula 27 Februari hingga 1 Mac lalu itu telah diketuai oleh Yang Dipertua Pertubuhan WARGAMAS, Haji Abu Bakar bin Haji Mohd Don.

Turut serta dalam lawatan itu ialah ahli Penasihat Pertubuhan WARGAMAS, Dato Seri Setia Haji Metusin bin Haji Baki.

Antara pengisian program adalah lawatan ke Masjid Asyakirin Bintulu, Pusat Per-khidmatan Warga Emas dan Monanie Family Enterprise.

Bagi mengeratkan lagi hubungan kedua-dua buah negara, rombongan telah diraikan dalam majlis Malam Ramah Mesra oleh Pengerusi Eksekutif Minetech Resource Bhd dan Pengerusi Executive ADAP 40RTY, Bintulu, Sarawak Pengiran Dato Haji Daud bin Pengiran Haji Petra.

Pada majlis itu, Haji Abu Bakar dalam ucapannya antara lain menjelaskan bahawa tujuan lawatan berkenaan adalah untuk mengisi rancangan lawatan muhibah Pertubuhan WARGAMAS di luar negara di samping melaksanakan infak mulia kepada Masjid Asyakirin.

Selain itu, ia juga untuk mengambil pengalaman dan menimba ilmu serta mengeratkan hubungan silaturahim dan ukhuwah ahli-ahli Pertubuhan WARGAMAS dengan pusat lawatan negara jiran iaitu Bintulu, Sarawak.

Sementara itu, dalam ucapan balasnya pada majlis itu, Pengiran Dato Haji Daud antara lain melahirkan penghargaan lawatan yang setentunya dapat memperkukuhkan lagi hubungan silaturahim kedua-dua buah negara dan berharap hubungan ini akan kekal berterusan dengan mewujudkan perpaduan antara Bintulu, Sarawak dan Negara Brunei Darussalam.

Rombongan bergambar ramai di satu lokasi semasa lawatan ke Bintulu Sarawak, baru-baru ini. – Gambar serahan Pertubuhan WARGAMAS
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -