Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    9 varian Omicron, 341 Delta dikesan sejak Nov

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JAN – Dari 22 November 2021 sehingga 4 Januari 2022, kaedah penjujukan gen telah dilakukan ke atas 350 sampel kes-kes positif yang dikesan di Negara Brunei Darussalam.

    Daripada jumlah tersebut, 341 daripadanya didapati adalah varian Delta manakala sembilan sampel telah disahkan varian Omicron.

    Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar pada sidang media COVID-19 hari ini di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan.

    “Ini bermakna terdapat tambahan satu lagi kes Omicron dilaporkan di negara ini,” menurut Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

    Yang Berhormat Dato menjelaskan bahawa setakat ini, semua kes varian Omicron yang dikesan di negara ini adalah kes-kes yang diimport dari luar negara manakala kes-kes varian Delta adalah terdiri daripada kes-kes tempatan dan luar negara.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...