Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Abbas, Pelosi bincang konflik Israel-Palestin

    RAMALLAH, 18 FEB – Presiden Palestin, Mahmud Abbas bertemu dengan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi di Tebing Barat untuk membincang isu berhubung konflik Israel-Palestin.

    Antara lain, usaha memulihkan penyelesaian dua negara kepada konflik itu menjadi agenda utama perbincangan.

    Perkara itu dinyatakan pejabat Abbas, yang menjelaskan perkara itu salah satu pertemuan peringkat tertinggi dengan pegawai AS sejak beberapa tahun kebelakangan ini, yang dilakukan presiden Palestin berusia 86 tahun itu.

    Abbas menggesa AS mengambil tindakan terhadap apa yang disifatkannya sebagai ‘amalan sebelah pihak Israel’, yang menjejaskan usaha penyelesaian dua negara.

    Antara tindakan yang dilakukan termasuk pengembangan penempatan Yahudi di Tebing Barat dan tindakan mengusir rakyat Palestin dari pelbagai kawasan Baitulmaqdis timur, yang didakwa rakyat Palestin sebagai ibu negara masa depan mereka.

    Pelosi, yang mengetuai delegasi lapan penggubal undang-undang parti Demokrat ke wilayah itu, sebelum ini bertemu dengan pegawai tertinggi Israel, termasuk Perdana Menteri, Naftali Bennett, semalam.

    Dalam perbincangan dengan pegawai Israel, Pelosi dan delegasi AS mengesahkan ‘komitmen kukuh AS terhadap negara Israel’.

    “Kami berulang kali menegaskan komitmen AS terhadap penyelesaian dua negara yang adil dan berkekalan, sekali gus meningkatkan kestabilan serta keselamatan untuk Israel, Palestin dan jirannya,” kata pejabat Speaker dalam satu kenyataan. – AFP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...