Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Acer Malaysia kongsi pengetahuan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 MAC – Acer Malaysia, cawangan Miri, hari ini, telah menganjurkan sesi perkongsian perniagaan untuk rakan kongsi dan pelanggan tempatan di mana dua penceramah jemputan telah didatangkan dari Kuala Lumpur untuk berkongsi mengenai Acer Altos dan perlindungan data.

    Antara 100 orang yang hadir ialah pasukan dari Concepts Computer yang telah menawarkan produk dan perkhidmatan Acer selama lebih 20 tahun di sini, dengan diketuai oleh Pengarah Urusannya, Vincent Pao. Acara telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengurus Cawangan Acer Miri, Richard Soo yang antara lain menyentuh mengenai rangkaian produk Acer.

    “Acer kekal memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang gembira kerana kami sentiasa memastikan kepuasan pelanggan kami dan akhirnya mencapai apa yang diharapkan pelanggan dalam prestasi dan kualiti,” ujarnya.

    Beliau turut menyentuh mengenai Siri Acer Vero yang dimulakan dengan komputer riba Aspire Vero. Ia merupakan komputer riba fokus ‘hijau’ pertama yang dibina dengan 30 peratus plastik Post-Consumer Recycled (PCR) pada casis dan 50 peratus plastik PCR dalam penutup papan kekunci untuk mengurangkan sisa, tetapi tanpa menjejaskan prestasi dan kualiti pengkomputeran.

    Plastik PCR adalah plastik tebus guna yang telah dikitar semula dan digunakan semula untuk membantu dalam usaha mengurangkan sisa global.

    Phoenix Tan menjelaskan tentang rangkaian Acer Altos dalam sesi perkongsian berkenaan.
    4. Simon Ng pula mengongsikan tentang ‘Keeping Ransomware at Bay’, untuk mendapatkan data yang selamat sepanjang masa.
    Richard Soo semasa menyampaikan ucapan alu-aluannya.
    Antara yang hadir pada sesi perkongsian tersebut.

    “Saya harap kami dalam industri IT dapat menyokong sepenuhnya inisiatif produk PCR yang boleh mengurangkan pencemaran daripada pengeluaran plastik baharu dan sisa,” ujarnya.

    Dua penceramah yang menyampaikan pembentangan pada sesi itu ialah Pengurus Produk Acer dari Acer Malaysia, Phoenix Tan, dan Pengarah Jualan Maxmulia Holdings Sdn Bhd, Simon Ng, yang telah bekerja dalam industri teknologi maklumat dan perkhidmatan awan sejak beberapa tahun lalu.

    Phoenix Tan mengongsikan tentang rangkaian Acer Altos yang sangat menarik dan dibina untuk bertahan, yang digelar Make Computing Smarter.

    Altos mempunyai siri server dan stesen kerja daripada spesifikasi masukan kepada spesifikasi yang boleh memenuhi jangkaan dan konfigurasi pelanggan.

    Simon Ng yang mempunyai pengalaman luas tentang teknologi canggih industri dan mahir dalam perisian perusahaan, storan dan perkhidmatan profesional, pula mengongsikan tentang Keeping Ransomware at Bay, untuk memastikan keselamatan data sepanjang
    masa.

    Ceramah beliau mengenai antara lain menyentuh mengenai perkakas sandaran, perkakas pemulihan bencana (DR), perkakas ketersediaan tinggi (HA) dan peralatan pemulihan pantas all-in-one (FR AIO).

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...