Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Aduan bersifat umum sukarkan siasatan KPDNHEP

    SIBU, 22 JULAI – Aduan bersifat umum berkaitan isu bekalan mahupun harga barangan pengguna tidak membantu pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam menentukan kesahihan sesuatu isu.

    Justeru, menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengalu-alukan sebarang aduan berkaitan barangan pengguna dengan berasaskan fakta menerusi tujuh saluran yang disediakan bagi membolehkan tindakan dilakukan.

    “Biarlah buat aduan berasaskan fakta. Jangan suka-suka mengatakan ada masalah dan membuat laporan tanpa berfakta, (masalah) tidak berlaku atau (laporan dibuat) secara rambang. Itu tidak membantu dalam siasatan kami,” katanya selepas melawat sebuah gudang milik syarikat pemborong di sini hari ini.

    Beliau ditanya mengenai orang ramai yang gemar membuat aduan mengenai harga minyak masak yang tinggi melalui platform media sosial berbanding menggunakan saluran disediakan kementeriannya.

    Ahli Parlimen Kapit itu berkata setiap aduan yang dibuat akan disusuli dengan siasatan oleh anggota KPDNHEP beruniform, Pegawai Pemantau Harga (PPH) atau Pegawai Kepenggunaan yang dilantik di setiap kawasan parlimen di seluruh negara.

    Beliau berkata tugas di lapangan bagi memantau bekalan mahupun harga barangan pengguna sememangnya dilaksanakan setiap masa.

    Sementara itu, beliau berkata semasa lawatan tiada masalah dari segi bekalan minyak masak paket 1 kilogram (kg) bersubsidi atau minyak masak botol 5kg tidak bersubsidi di gudang pemborong barangan import itu. – Bernama

    Datuk Seri Alexander Nanta Linggi ketika melakukan lawatan ke sebuah gudang pemborong barangan pengguna di Jalan Ding Lik Kong kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...