Saturday, April 27, 2024
36 C
Brunei

    -

    Aerospace Turki sasar kerjasama OEM Malaysia

    KUALA LUMPUR, 30 MAC – Turkish Aerospace Industries Inc (TAI) berminat untuk bekerjasama dan membangunkan industri aeroangkasa Malaysia dengan membawa kepakaran pengeluar peralatan tulen (OEM) kumpulan itu ke Malaysia.

    Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Profesor Temel Kotil berkata firma dari Ankara itu merancang untuk membentuk syarikat usaha sama (JV) 50 : 50 dengan rakan kongsi tempatan, yang kemudian akan berkembang sebagai syarikat OEM yang pertama di negara ini.

    Malaysia yang merupakan pemain utama dalam rantaian elektrik dan elektronik global dengan jumlah bakat yang besar, sepatutnya mampu menghasilkan kapal terbang sendiri, helikopter atau pesawat udara tanpa pemandu (UAV), katanya.

    “Malaysia hanya menumpukan kepada penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO), struktur aero serta pengeluaran komponen untuk firma-firma pembuat pesawat. Awda sepatutnya pergi lebih jauh.

    “Kerajaan negara ini amat berminat untuk membangunkan industri sendiri (OEM) termasuk mempunyai produk tempatan yang direka, dibina dan dijual dari Malaysia.

    “Kami mahu menjadi sebahagian daripadanya, membantu mengurangkan masa bagi mencapai visi tersebut. Turki telah menghabiskan masa selama 20 tahun, jadi kami tidak mahu Malaysia berhempas pulas selama 20 tahun lagi (untuk melakukan perkara yang sama),” katanya kepada Bernama semasa pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2022 hari ini.

    DSA yang berlangsung setiap dua tahun itu dianjurkan serentak dengan Persidangan Keselamatan Negara (NATSEC) yang diadakan di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

    Temel berkata TAI, yang baru-baru ini telah membuka pejabat Asia Pasifik di Cyberjaya, merancang untuk mempunyai kehadiran OEM di Malaysia pada tahun depan dan perbincangan dengan beberapa syarikat tempatan telah berlaku.

    Kerjasama OEM itu akan merangkumi usaha sama dalam pengeluaran helikopter T625 Gokbey di Malaysia, kilang pembuatan pertamanya di luar Turki yang diharap akan berkembang baik di pasaran Asia. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...