Saturday, May 18, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Aiman Tino kini milik Che Syarah

    Penyanyi, Aiman Tino sah bergelar suami kepada gadis pilihannya, Che Syarah Haifa Che Isa, 24, pada majlis ijab kabul yang berlangsung di Dewan Astana, Bamboo Hills, Kuala Lumpur baru-baru ini.

    Pasangan ini dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai, Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd Azri Ahmad Kamil Al Hafis berwakil walikan abang pengantin perempuan, Che Fariz Che Isa.

    Pada majlis tersebut, Aiman Tino atau nama sebenarnya Muhammad Aiman Yusri, 25, menyerahkan mas kahwin RM5,000 berserta seutas gelang emas. Tiada sebarang pertukaran dulang hantaran, manakala wang hantaran tidak dinyatakan atas permintaan keluarga.

    Penyanyi yang mula dikenali menerusi lagu Ku Rela Dibenci itu mengenali isteri sejak empat tahun lalu selepas sama-sama mengusahakan perniagaan biskut dan mula rapat sejak lima bulan lalu.

    Sebelum disatukan sebagai pasangan suami isteri, pasangan ini terlebih dahulu mengikat tali pertunangan.

    Sementara majlis merisik Syarah berlangsung pada 21 Januari lalu setelah hubungan mereka direstui keluarga kedua-dua pihak.

    Pasangan ini akan mengadakan majlis resepsi di Shah Alam pada 6 Mei ini. – Agensi

    Aiman Tino bersama isterinya di Dewan Astana, Bamboo Hills, Kuala Lumpur baru-baru ini. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...