Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    AJC anjur Kempen Video Singkat Golden Bridge

    TOKYO, 13 MAC – Pusat ASEAN-Jepun (AJC) telah melancarkan ‘Kempen Video Singkat Golden Bridge’ di Instagram yang menyasarkan rakyat negara anggota ASEAN dan Jepun hari ini.

    Para peserta yang ingin menyertai kempen ini harus membuat video singkat (15-30 saat) dan menyiarkan video tersebut di Instagram dengan tanda pagar #GoldenBridge dan #ASEANJapan50 serta maklumat lain yang diperlukan.

    Penyertaan dibuka daripada 10 Mac hingga 10 Jun 2023 mengikut waktu piawai Jepun (JST) akan diterima. Kempen tersebut bertujuan untuk memberikan inspirasi kepada rakyat negara anggota ASEAN dan Jepun untuk merasai budaya dan kerohanian satu sama lain melalui video, selain memberikan inspirasi dan menyatukan rakyat yang akan membina masa depan ASEAN dan Jepun dan menunjukkan cara ke arah pembangunan sosial dan masa depan yang mapan.

    Sekretariat kempen dan panel hakim akan memilih satu hingga empat penyertaan pemenang dari setiap negara. Juri akan terdiri daripada Tuan Yang Terutama Masahiko KIYA, Duta Misi Jepun ke ASEAN, dan Tuan Yang Terutama Haji Shahbudin Haji Musa, Duta Besar Negara Brunei Darussalam ke Jepun (Pengerusi Jawatankuasa Tokyo ASEAN, Januari-Jun 2023).

    Semua penyertaan yang menang akan ditayangkan di astaka AJC di Perhimpunan Reka Bentuk Dunia WDO Tokyo 2023 yang akan diadakan di Tokyo pada Oktober 2023, dan nama-nama pemenang akan diterbitkan dalam majalah The ASEAN yang diterbitkan secara berkala oleh Sekretariat ASEAN.

    Selain itu, AJC akan menyunting penyertaan yang menang dan menghasilkan video singkat ‘Membuka Pintu Kejayaan Emas’ untuk memperingati Tahun ke-50 Persahabatan dan Kerjasama ASEAN-Jepun. – Bernama

    Pusat ASEAN-Jepun (AJC) telah melancarkan ‘Kempen Video Singkat Golden Bridge’ di Instagram yang menyasarkan rakyat Negara Anggota ASEAN dan Jepun. -Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...