Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Aktiviti kemasyarakatan sempena jubli intan

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan Kementerian Pertahanan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 DIS – Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) berjaya melaksanakan kempen kebersihan di 60 buah masjid di keempat-empat daerah sebagai sebahagian daripada aktiviti kemasyarakatan Sambutan Jubli Intan ABDB.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan, di sini, sebelum gelombang kedua COVID-19 melanda negara, ABDB telah mengendalikan kempen kebersihan di 21 buah masjid.

    Walau bagaimanapun, gelombang kedua telah menghentikan aktiviti kemasyarakatan berkenaan buat sementara waktu dan sejak Fasa Peralihan, ABDB telah mengambil peluang untuk meneruskan sokongannya dengan menyambung kembali usaha mereka membersihkan masjid.

    Kenyataan menyatakan bahawa sebanyak 39 buah masjid telah dibersihkan sehingga hujung 2021 dengan mengikuti serta mematuhi panduan prosedur operasi standard COVID-19 yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

    Kenyataan turut menyatakan bahawa kempen itu, telah dilaksanakan sejak Jun hingga Disember 2021 dan merangkumi sebanyak 36 buah masjid di Daerah Brunei dan Muara, 12 buah masjid di Daerah Tutong, enam buah masjid di Daerah Belait dan enam buah masjid di Daerah Temburong.

    Selain itu melahirkan sokongan terhadap pembukaan semula masjid-masjid di seluruh negara, kempen itu juga bermatlamat untuk meningkatkan silaturahim antara ABDB dan masyarakat, di samping mempromosikan kebersihan persekitaran seperti yang dituntut oleh Islam terutamanya di balai-balai ibadah.

    Anggota ABDB dan wakil masjid bergambar ramai sebelum memulakan kempen kebersihan.
    Antara anggota ABDB yang terlibat dalam menjayakan kempen kebersihan di salah sebuah masjid di negara ini.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...