Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Anak buah Pan Gon berdepan taktikal misteri Orazov

    JOHOR BAHRU, 22 MAC – Ketua Jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan Gon dilihat mahu memulakan rangka persediaan menuju Piala Asia 2023 dengan langkah proaktif apabila menjadikan Turkmenistan sebagai lawan pertama pada perlawanan persahabatan malam esok.

    Aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di gelanggang keramat Johor Darul Ta’zim (JDT), Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri itu adalah perlawanan sulung pasukan negara selepas tersingkir di separuh akhir Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022, Januari lepas.

    Berdasarkan ranking dunia, Turkmenistan yang dibimbing jurulatih baharu, Mergen Orazov menghuni posisi ke-135 sementara Malaysia ke-145, namun pasukan lawan gagal layak ke Piala Asia 2023 selepas kecundang di pusingan kelayakan di Kuala Lumpur, Jun tahun lalu.

    Malaysia menewaskan Turkmenistan yang diberi julukan The Green 3-1 pada aksi Kumpulan E pusingan kelayakan itu yang berlangsung di Stadium Nasional di Bukit Jalil.
    Bagaimanapun, pasukan Malaysia terutama lapan muka baharu yang dipanggil membarisi skuad kebangsaan tidak boleh memandang rendah kemampuan Turkmenistan di bawah kendalian Orazov.

    Jurulatih muda berusia 34 tahun itu yang dilantik pada bulan lepas bagi membawa pasukan mengharungi cabaran pusingan kelayakan Piala Dunia 2026 bermula tahun ini bukan lah seorang pengendali biasa selepas meraih pelbagai kejayaan dalam karier berbeza. – Bernama

    Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon pada sidang media menjelang perlawanan persahabatan Antarabangsa Tier 1 menentang Turkmenistan di sebuah hotel hari ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...