Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Ancaman bom, mahkamah Tokyo dikosongkan

    TOKYO, 14 NOV – Dua mahkamah di Tokyo terpaksa dikosongkan dan perbicaraan awal petang ini ditangguhkan selepas menerima ancaman bom, Xinhua memetik laporan media tempatan.

    Menurut laporan penyiar awam Jepun NHK, Mahkamah Tinggi Tokyo membatalkan perbicaraan dan memindahkan pelawat selepas seseorang mengugut untuk meletupkan bangunan kerajaan itu pada kira-kira 1:30 tengah hari waktu tempatan.

    Bangunan ini terletak di tengah Tokyo bersama mahkamah tinggi serta Mahkamah Daerah Tokyo.

    Akses ke bangunan itu ditutup sehingga polis dirujuk, kata media tempatan. Perbicaraan yang dijadualkan pada tengah hari, ditukar ke sebelah petang atau dijadualkan semula pada hari lain, kata mahkamah.

    Antara kes yang didengar hari ini adalah keputusan mahkamah tinggi berhubung persoalan akan perbezaan besar undi pada pilihan raya parlimen Julai lepas. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...