Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Animasi Keluang Man bakal diangkat ke layar perak

    Pernah mencetuskan fenomena apabila ditayangkan di televisyen (TV) pada 1998, siri animasi legenda Malaysia, Keluang Man bakal diangkat ke layar perak.

    Diilhamkan Allahyarham Kamarudin Ismail atau lebih dikenali dengan panggilan Kamn Ismail bersama pengasas dan Pemilik UAS Animation, Natashah Md Noor, siri animasi Keluang Man diterbitkan sebanyak tujuh musim dengan lebih 140 episod yang mengumpan peminat terutama kanak-kanak pada era itu.

    Menampilkan adiwira yang diilhamkan daripada keluang, elemen komedi yang diselang selikan dalam siri animasi Keluang Man terus diingati biarpun sudah lebih dua dekad berlalu.

    Watak Borhan yang juga Keluang Man sebagai pesakit di hospital mental di Tumpoi yang berubah menjadi adiwira bagi membanteras penjenayah pada waktu malam dengan bantuan rakan, Tiong Man, diminati ramai hingga timbul permintaan agar karakter terbabit dihidupkan semula.

    Memenuhi kehendak peminat, Astro Shaw menandatangani lesen hak cipta adaptasi ke atas filem bersama pemegang IP (Harta Intelek) Keluang Man, Iconic Animation Studio Sdn Bhd, baru-baru ini bagi menerbitkan filem aksi pertama, Keluang Man.

    Kerjasama ini menjadi titik permulaan bagi Astro Shaw dan Iconic Animation Studio dalam memperkenalkan semula IP animasi adiwira legenda ini kepada generasi baharu, selain bakal menjadi adiwira tempatan terbesar, biarpun mengikut kisah asal, Keluang Man tidak memiliki kuasa ajaib, sebaliknya kepakaran solat, naluri dan sikap kejujuran tinggi. – Agensi

    Menampilkan adiwira yang diilhamkan daripada keluang, elemen komedi yang diselang selikan dalam siri animasi Keluang Man terus diingati biarpun sudah lebih dua dekad berlalu. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...