Saturday, April 27, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    AS sekat Gaza Now kerana sokong Hamas

    WASHINGTON, 28 MAC – Kerajaan Amerika Syarikat (AS) kelmarin telah mengenakan sekatan ke atas laman media dalam talian Gaza Now dan pengasasnya, Mustafa Ayash kerana didakwa menyokong Hamas.

    Menurut Pejabat Kawalan Aset Asing Perbendaharaan AS, selepas serangan oleh Hamas terhadap Israel pada 7 Oktober entiti dalam talian memulakan usaha mengumpul dana untuk menyokong organisasi itu.

    Saluran Arab, Gaza Now mempunyai lebih daripada 300,000 pengikut di saluran media sosial X, yang dahulunya dikenali sebagai Twitter, dan pengikut yang ramai di platform perbualan Telegram.

    Termasuk dalam sekatan itu ialah firma Al-Qureshi Executives dan Aakhirah Ltd, dan pengarah mereka, Aozma Sultana, yang didakwa telah bekerjasama dalam pelbagai usaha mengumpul dana bersama Gaza Now.

    Sekatan itu dikenakan dengan kerjasama Pejabat Pelaksanaan Sekatan Asing United Kingdom.

    Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Brian Nelson berkata dalam satu kenyataan, AS dan rakan kongsinya ‘akan terus memanfaatkan alat kami untuk menggagalkan keupayaan
    Hamas untuk melancarkan serangan selanjutnya’.

    Wakil untuk Gaza Now dan Ayash tidak dapat dihubungi. Sekatan itu menyekat akses kepada harta dan akaun bank AS serta menghalang individu yang disenaraikan daripada berurusan dengan rakyat Amerika. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...