Saturday, April 27, 2024
36 C
Brunei

    -

    Beregu perlu curi mata menentang Denmark – Rexy

    KUALA LUMPUR, 28 MAC – Pasangan beregu lelaki negara seharusnya memanfaatkan peluang mencuri mata buat Malaysia sewaktu berdepan jaguh Eropah dan juara edisi 2016, Denmark, dalam saingan Kumpulan D Piala Thomas 2024 di Chengdu, China, dijadual 28 April hingga 5 Mei ini.

    Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky berkata Malaysia berpotensi untuk mendapatkan mata dari kem beregu memandangkan barisan perseorangan lelaki dijangka berdepan laluan mencabar, seandainya Denmark menurunkan pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen dan juara Terbuka Malaysia 2024, Anders Antonsen di Chengdu.

    “Perseorangan Denmark kuat, mereka juga memiliki Rasmus Gemke (ranking ke-28) serta Magnus Johannesen (ranking ke-34), saya tidak tahu (siapa bakal bermain).

    “Beregu pula mungkin pasangan kita Aaron Chia-Soh Wooi Yik (ranking kelima) unggul sedikit atau Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen (ranking keempat) juga unggul, mereka dalam lima terbaik dan tahu kelemahan masing-masing.

    “Beregu harus ambil mata namun bergantung kepada strategi kita pada hari perlawanan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini. Beliau pada masa sama berkata Malaysia harus berwaspada dengan ancaman satu lagi pasukan dalam Kumpulan D iaitu Hong Kong, lebih-lebih dengan barisan perseorangan mereka yang dijangka dibarisi Lee Cheuk Yiu (ranking ke-14) dan Angus Ng Ka Long (ranking ke-26).

    “Persembahan perseorangan kita sebenarnya juga agak baik, sekiranya Ng Tze Yong mampu balik ke kondisi asal dia boleh memberikan tentangan”. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...