Saturday, April 27, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    ‘Asia boleh main peranan terajui dunia berbelah pendirian’

    TOKYO, 26 MEI – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar-Bernama) hari ini mengusulkan kepada Persidangan Antarabangsa Mengenai Masa Depan Asia di sini, tiga perkara utama untuk membolehkan Asia memainkan peranan dalam menerajui dunia yang berbelah pendirian.

    Berkongsi pandangannya pada persidangan yang juga dikenali sebagai Persidangan Nikkei itu, Ismail Sabri berkara perkara itu adalah Memperkasakan Integrasi Ekonomi Serantau, Mengukuhkan Kerjasama dan Mekanisme Perundingan serta Bermuafakat dalam Menangani Cabaran Perubahan Iklim.

    “Ini adalah antara perkara yang boleh diberikan perhatian dalam menawarkan penyelesaian isu sejagat dan pada masa yang sama meningkatkan kerjasama pelbagai hala dalam kalangan negara di Asia,” katanya dalam penampilan sulungnya pada persidangan tahunan dengan tema “Mentakrif Semula Peranan Asia dalam Dunia Yang Berbelah Pendirian” pada tahun ini.

    Ismail Sabri berkata perkara utama dalam memperkasakan integrasi ekonomi serantau adalah menumpukan kepada usaha mengukuhkan kemampuan rantau Asia dalam menangani perubahan dalam globalisasi selepas pasca pandemik COVID-19.

    Ketika globalisasi kini dalam kemerosotan, beliau menggesa pembuat dasar dan juga pemimpin perniagaan di Asia meningkatkan lagi usaha mengukuhkan kerjasama serantau dalam memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan.

    Ismail Sabri berkata usaha juga perlu dilakukan untuk menjadikan rantaian bekalan serantau lebih berdaya tahan menerusi sokongan pelaburan infrastruktur digital dan memudah cara usaha untuk membangunkan kapasiti ke arah meningkatkan rantaian bekalan tempatan.

    Menurutnya, Asia berada pada kedudukan yang baik kerana menguasai pasaran e-perdagangan terbesar di dunia, mewakili 57 peratus atau AS$1.1 trilion daripada nilai jualan e-perdagangan dunia pada 2019 dan dijangka mencecah 61 peratus atau AS$1.9 trilion menjelang 2024.

    Beliau berkata pembuat dasar sama ada swasta atau awam perlu bekerjasama membina jaringan logistik yang mantap, membina infrastruktur pasaran digital berkaitan kewangan dalam rantaian bekalan, dan mempromosi pembangunan teknologi digital inovatif bagi membolehkan PMKS meningkatkan penyertaan dalam aktiviti e-perdagangan rentas sempadan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...