Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Asia Pasifik sumbang lebih 55% pelepasan gas rumah hijau dunia

    BANGKOK, 1 DIS – Rantau Asia dan Pasifik menyumbang lebih 55 peratus pelepasan gas rumah hijau global, peningkatan kira-kira 20 peratus antara 2010 dan 2022.

    Dalam satu kenyataan, Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Asia dan Pasifik (ESCAP) memaklumkan rantau itu juga menyaksikan penurunan paling pesat dan serius dalam perkhidmatan ekosistem berkaitan biodiversiti.

    “Rantau ini bertanggungjawab ke atas 81 peratus pembuangan plastik di lautan dunia dan hampir 90 peratus penduduknya kerap menghirup udara yang dianggap oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai tidak selamat.

    “Selain itu, trend perbandaran yang pesat dengan lebih separuh daripada penduduknya tinggal di bandar dan kawasan bandar, memburukkan lagi keadaan,” menurut kenyataan itu. 

    Hanya 24 negara di rantau ini mengiktiraf hak untuk persekitaran yang sihat dalam peruntukan perlembagaan dan 17 negara masih tidak mempunyai sebarang pengiktirafan perlembagaan atau undang-undang terhadap hak ini.

    “Selain itu, walaupun terdapat beberapa siri pengumuman oleh negara-negara untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang pertengahan abad, namun usaha itu tidak mencapai apa yang diperlukan untuk memenuhi sasaran Perjanjian Paris,” menurut ESCAP. – Bernama

    Gambar fail menunjukkan pengorekan diteruskan di sebuah lombong terbuka dekat Dhanbad, sebuah bandar timur India di negeri Jharkhand pada 24 September 2021. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...