Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Australia beli vaksin tambahan bendung JE

    SYDNEY, 11 MAC – Australia berkata hari ini ia akan membeli vaksin tambahan untuk melawan virus bawaan nyamuk yang berpotensi membunuh, Japanese Encephalitis (JE), yang merebak di kawasan dilanda banjir di pantai timur buat kali pertama.

    Sebelum ini hanya dikesan di bahagian utara tropika, JE kini merebak hingga ke Australia Selatan sejak penghujung Februari – menjangkiti 17 orang dan mengakibatkan dua kematian, menurut pihak berkuasa kesihatan negara.

    Turunan hujan lebat yang semakin kerap menjadikan jumlah nyamuk semakin membiak di bahagian timur Australia, menurut seorang pakar saintis, ketika negara bergelut dengan suhu panas disebabkan oleh perubahan iklim yang menjadikan udara lebih lembap.

    Tiada rawatan khusus untuk penyakit tersebut, yang merebak hanya melalui gigitan nyamuk.

    Kurang daripada satu peratus penduduk yang dijangkiti mungkin mengalami masalah kesihatan serius seperti encephalitis, yang merupakan keradangan tisu otak, menurut kementerian kesihatan persekutuan Australia.

    Gejala termasuk tegang di bahagian leher, sakit kepala yang teruk dan koma, dan ‘yang jarang berlaku iaitu komplikasi neurologi atau kematian,’ kenyataan mengingatkan.

    Kementerian Kesihatan dan Pertanian Australia berkata kerajaan akan melaburkan AUS$69 juta bagi langkah pengawalan termasuk pembelian 130,000 dos vaksin tambahan, meningkatkan 15,000 bekalan yang ada pada masa ini, dan meningkatkan pemantauan.

    Vaksin Imojey keluaran Sanofi-Aventis Australia dan JEspect buatan Seqirus disasarkan untuk mereka yang bekerja berdekatan dengan nyamuk dan khinzir, yang terdedah kepada jangkitan.

    Wilayah-wilayah di Australia mengesahkan jangkitan JE termasuk di New South Wales, Victoria dan Australia Selatan, di mana sebelum ini tidak pernah melaporkan jangkitan tempatan.

    Queensland turut terkesan oleh penularan, sebelum ini mencatatkan hanya satu kes. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...