Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Baby Shima tak peduli dikecam

    Penyanyi sensasi, Baby Shima, 29, tidak mempedulikan komen pedas warganet tidak berpuas hati dengan tindakannya menyanyi lagu popular, Tiara dalam versi dangdut.

    Video dimuat naik Shima menerusi Instagram (IG) menerima kecaman hebat warganet apabila rata-rata menyifatkannya merosakkan lagu nyanyian asal kumpulan Kris itu.

    “Bukan makin sedap, jadi tak sedap bunyinya.. Lagi sedap dengar original punya,” antara komen ditinggalkan warganet dalam IG.

    Seorang lagi pengikut mengatakan penyanyi kontroversi itu merosakkan lagu kumpulan Tiara itu.

    “Rosak lagu ori Tiara… Tak sedap pun,” komen seorang pengikut.

    Sementara itu, penyanyi yang kini sedang popular menerusi lagu Lalai itu berkata, dia tidak terkesan komen warganet yang tidak berpuas hati dengan cara nyanyiannya. Bekas peserta pertandingan realiti, D’Academy Asia 3 di Indonesia pada 2017 itu berkata, muzik adalah universal dan meliputi banyak genre.

    Dangdut juga salah satu genre, justeru kata Shima, dia tidak menganggap tindakan menyanyi lagu Tiara dalam versi dangdut sebagai satu kesalahan. Ini kerana, katanya, dia yakin genre dangdut juga mempunyai kelompok peminat tersendiri.

    “Muzik mempunyai banyak genre. Ada peminat rock atau metal mungkin kurang gemar muzik dangdut, begitulah sebaliknya.

    “Saya tidak langsung terkesan dengan kecaman warganet,” katanya kepada media. – Agensi

    Baby Shima tidak mempedulikan komen pedas warganet tidak berpuas hati dengan tindakannya menyanyi lagu popular, Tiara dalam versi dangdut. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...