Saturday, April 27, 2024
26.1 C
Brunei

    -

    Badosa pertahan gelaran WTA

    INDIAN WELLS, 16 MAC – Pemain Sepanyol Paula Badosa berjaya mempertahankan kejuaraan WTA Indian Wells semalam, menewaskan pemain Kanada Leylah Fernandez untuk mara ke pusingan suku akhir di padang pasir California.

    Badosa, pemain pilihan kelima, menyelamatkan lima daripada enam mata penamat sekali gus memberikan tekanan kepada pemenang kedua Terbuka AS – mengubah tiga daripada 12 peluang penamatnya.

    “Hari ini adalah hari yang amat sukar,” kata Badosa, yang menjulang trofi pada Oktober lalu dalam satu kejohanan yang dipindah daripada tarikh biasa Mac disebabkan pandemik koronavirus.

    “Leylah ialah pemain hebat, amat pantas dan bijak. Saya tahu saya perlu menentang dan melakukan servis dengan amat baik. Saya fikir saya melakukannya sepanjang perlawanan.”
    Bardosa sedang memasang impian untuk menjadi wanita pertama yang memenangi gelaran Indian Wells sejak Martina Navratilova pada 1990-91.

    Dia berjaya menguasai set kedua dengan pematah seri pada 3-2, seterusnya menyelamatkan dua mata penamat untuk mendahului 5-3.

    Aksi Paula Badosa mengembalikan pukulan kepada Leylah Fernandez dalam perlawanan pusingan keempat Indian Wells pada 15 Mac di Indian Wells, California. – AFP

    “Dalam saat-saat penting, seperti ketika mencatat 4-3, saya fikir saya tetap berasa tenang,” tambah Badosa, yang akan berdepan Veronica Kudermetova, pemenang 7-6 (7/5), 6-7 (5/7), 7-5 ke atas Marketa Vondro.

    Pemain nombor empat dunia Iga Swiatek, pemain ranking teratas, masih kekal dalam kumpulan wanita, bangkit daripada satu set untuk perlawanan ketiga berturut-turut untuk menempah satu tempat dalam suku akhir, selepas mengalahkan pemain veteran Jerman Angelique Kerber 4-6, 6-2, 6-3.

    Swiatek, juara Terbuka Perancis 2020, terlepas satu kejuaraan di Doha pada bulan lalu, tetapi pemain berusia 20 tahun itu mengaku ia mengambil masa seketika untuk memikirkan bagaimana menghadapi dan mengatasi Kerber – seorang lagi bekas juara Grand Slam.

    “Secara terus terang, saya tidak pasti apa taktik saya sepatutnya jika saya harus bermain lebih agresif atau bermain permainan yang lebih lma,” kata Swikatek.

    “Namun pada akhirnya saya rasa saya membuat keputusan yang betul pada masa yang betul, dalam saat perlawanan yang betul.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...