Saturday, April 27, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Balai polis Perancis diserang bunga api

    PARIS, 18 MAC – Sembilan individu telah ditahan berhubung serangan bunga api ke atas sebuah balai polis di La Courneuve, pinggir utara Paris berhampiran venue utama untuk Sukan Olimpik Paris musim panas ini, kata pegawai tertinggi polis ibu negara Perancis itu hari ini.

    Insiden semalam itu berlaku beberapa hari selepas seorang remaja yang menunggang skuter terbunuh apabila dikejar oleh kereta polis, mengulangi pembunuhan pada bulan Jun yang mencetuskan rusuhan selama beberapa hari.

    “Kira-kira 50 orang menyerang balai polis di La Courneuve, kebanyakannya dengan bunga api mortar,” kata ketua polis Paris, Laurent Nunez kepada penyiar, TF1.

    Video yang disiarkan di media sosial menunjukkan sekumpulan individu melemparkan bunga api bertubi-tubi ke arah bangunan itu. Polis berkata penyerang turut membaling batu dan bom molotov. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...