Saturday, April 27, 2024
36 C
Brunei

    -

    Christie raih gelaran pertama All England

    BIRMINGHAM, 18 MAC – Jonatan Christie menewaskan rakan se-negara, Anthony Sinisuka Ginting 21-15, 21-14 untuk memenangi gelaran badminton perseorangan lelaki terbuka All England pertamanya di Birmingham, baru-baru ini.

    Kemenangan itu juga memberikan Christie kemenangan Super 1000 sulungnya pada kali pertama apabila pemain nombor sembilan dunia itu menewaskan rakan baiknya, Ginting, buat kali pertama sejak 2019.

    Namun Christie terpaksa menahan serangan balas Ginting dalam kedua-dua perlawanan sebelum pemain berusia 26 tahun itu meraih gelaran perseorangan lelaki pertama Indonesia pada kejuaraan utama tertua badminton sejak Hariyanto Arbi menewaskan rakan senegaranya Ardy Bernardus Wiranata pada 1994.

    “Saya sangat gembira kerana kami mencipta sejarah final pertama seluruh Indonesia setelah 30 tahun,” kata Christie.

    “Saya juara di sini dan ia sangat penting bagi saya. Permulaan tahun 2024 naik turun tetapi Tuhan banyak membantu saya dalam perlawanan ini.”

    Ginting, mengenang hubungan lama dengan Christie, berkata, “Kenangan pertama saya dengan Jonatan adalah pada hari pertama kami dalam pasukan kebangsaan. Kami adalah junior, sangat muda pada masa itu, 16 atau 17 tahun.

    “Kami berasa malu dan agak takut dengan senior-senior kami kerana kami masih muda dan itu budaya Asia. Jika tiada Jonatan hari ini, tidak ada saya hari ini.”

    Terdapat lebih banyak kejayaan Indonesia dalam final beregu lelaki, dengan Fajar Alfian dan Muhammad Rian Ardianto mengekalkan kejuaraan mereka berikutan kemenangan 21-16, 21-16 ke atas Aaron Chia dan Soh Wooi Yik dari Malaysia. – AFP

    Jonatan Christie meraikan kejayaan di Kejohanan Badminton Terbuka All England. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...