Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Bangunan Pasar Tanjung Tawau dinilai

    TAWAU, 26 JAN – Proses penilaian keselamatan struktur bangunan Pasar Tanjung di sini sedang dijalankan susulan terdapat aduan keretakan ke atas beberapa dinding serta tiang pada bangunan berusia lebih 30 tahun itu.

    Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) Joseph Pang berkata penilaian daripada pasukan teknikal membabitkan bahagian kejuruteraan MPT, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, serta Jabatan Kerja Raya itu bagi memastikan keadaan bangunan itu selamat digunakan. 

    “Kita terima aduan dua hari lalu terdapat satu tiang yang mengalami keretakan serius, dan kita buat pemantauan, manakala pada hari ini kita juga dapati terdapat rekahan lain pada dua tiang serta beberapa dinding bangunan namun (rekahan) tidak besar,” katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan bangunan Pasar Tanjung itu hari ini.

    Bangunan tiga tingkat itu menempatkan lebih 1,000 peniaga sayur, daging dan ayam termasuk ikan kering, selain sembilan pejabat kerajaan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...