Sunday, April 28, 2024
24.6 C
Brunei

    -

    Banjir: Ratusan ribu berisiko di Sydney

    LAWRENCE, 2 MAC – Perkhidmatan kecemasan mengarahkan penduduk Sydney untuk bersedia menyelamatkan diri hari ini ketika hujan lebat melanda pantai timur Australia, menyebabkan banjir, mengorbankan 13 nyawa dan mengakibatkan ratusan ribu penduduk dalam risiko.

    Turunan hujan sejak seminggu telah menyebabkan sungai dan empangan hampir penuh, mengakibatkan huru-hara di kawasan sepanjang 800 kilometer.

    Dari Brisbane hingga ke Sydney, lebih 30 amaran pengosongan telah diarahkan dan beberapa empangan dilimpahi air, dengan sebahagian empangan berhampiran Sydney hampir pecah.

    Dari Brisbane hingga ke Sydney, lebih 30 amaran pemindahan telah diarahkan dan beberapa empangan dilimpahi air, dengan beberapa empangan berhampiran Sydney diancam hampir pecah.

    Penduduk yang ketakutan melarikan diri ke kawasan lebih tinggi, di pusat pemindahan sementara, atau naik ke bumbung rumah berharap diselamatkan oleh bot atau helikopter.

    Situasi banjir di sebuah kawasan perumahan di Brisbane, Australia. Penduduk Sydney diarah untuk bersedia meninggalkan kediaman mereka ketika hujan turun dengan lebat yang mengakibatkan banjir. – AP

    Di bandar yang teruk terjejas di Lismore, Lucy Wise berkata banjir tiba lebih awal dan lebih tinggi daripada jangkaan.

    “Hujan turun tidak berhenti dan air naik dengan pantas,” dia memberitahu AFP.

    Dia duduk di rumah ketika paras air meningkat sebelum mengejutkan anaknya berusia dua tahun, menyarungkannya jaket keselamatan dan naik ke atas bumbung rumah mereka untuk keselamatan.

    Wise dan keluarganya berjaya diselamatkan dengan menaiki bot, namun pihak berkuasa berkata banjir telah meragut 13 nyawa di Queensland dan New South Wales.- AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...