Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Bantu kesan 5 pekerja lari

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan PPDB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 APRIL – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, hari ini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan lima orang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

    Menurut kenyataan berkenaan, laporan telah dibuat di Balai Polis Bandar Begawan, untuk mengesan seorang pekerja lelaki warganegara Indonesia iaitu Anang Kuswoyo yang berusia 42 tahun dengan nombor kad pengenalan 51-479026 (hijau).

    Manakala itu, laporan telah dibuat di Balai Polis Muara, untuk mengesan tiga orang pekerja lelaki warganegara Bangladesh iaitu Mohammad Anowar Hossain yang berusia 42 tahun dengan nombor pasport EG0440314, Mohammad Jamal Hosan yang berusia 45 tahun dengan nombor pasport EB0531574 dan Kamrul Islam yang berusia 38 tahun dengan nombor pasport BW0936294.

    Sementara itu, laporan telah dibuat di Balai Polis Panaga, untuk mengesan seorang pekerja perempuan warganegara Indonesia iaitu Raudatul Islami yang berusia 21 tahun dengan nombor pasport C8113770.

    Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai para pekerja asing berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Bandar Seri Begawan melalui talian 2242334, Balai Polis Muara di talian 2770140, Balai Polis Panaga di talian 3227984, talian kecemasan polis 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

    Anang Kuswoyo
    Mohammad Anowar Hossain
    Mohammad Jamal Hosan
    Kamrul Islam
    Raudatul Islami

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...