Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Shawn Mendes akui masih sayang Camila

    Penyanyi Shawn Mendes mengakui dia masih mempunyai perasaan sayang terhadap bekas kekasihnya iaitu Camila Cabello.

    Memetik laporan Elle, Shawn memberitahu cintanya terhadap penyanyi wanita itu tidak pernah berubah walaupun mereka kini sudah membawa haluan masing-masing.

    Kata Shawn, perpisahan itu membuatkan dirinya lebih matang dan kuat untuk menjalani kehidupan seterusnya.

    “Saya sudah mencintai Camila selama bertahun-tahun dan cinta itu tidak akan pernah berubah. Saya tak akan melupakannya,” akui Shawn.

    Biarpun sudah berpisah namun Shawn memberitahu tidak mustahil jika selepas ini mereka berdua mempunyai projek lagu bersama.

    Sebelum ini, Shawn mengakui dia menulis lagu terbaharunya berjudul When You’re Gone selepas sebulan mereka berpisah.

    Shawn dan Camila memutuskan untuk berpisah November tahun lalu selepas mereka bersama selama dua tahun sejak 4 Julai 2019. – Agensi

    Shawn akui perpisahan dengan Camila membuatkan dirinya lebih matang dan kuat untuk menjalani kehidupan seterusnya. – Agensi
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...