Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Bantu tingkatkan bekalan stok darah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 FEB – Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan orang ramai bahawa Pusat Pendermaan Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) dan tabung-tabung darah di kesemua hospital daerah memerlukan dengan segera penderma darah bagi semua jenis darah. Stok darah pada masa ini adalah di tahap yang sangat rendah.

    Oleh yang demikian, pihak kementerian menyeru orang ramai untuk sama-sama membantu usaha dalam meningkatkan bekalan stok darah di negara ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, orang ramai yang berkeinginan untuk menderma darah bolehlah berkunjung ke pusat atau tabung-tabung darah yang berdekatan.

    Waktu-waktu beroperasi Pusat Pendermaan Darah Hospital RIPAS adalah Isnin hingga Khamis dan Sabtu dari 8 pagi hingga 11:30 pagi dan 1:30 petang hingga 4 petang.

    Manakala bagi Hospital Suri Seri Begawan, Daerah Belait dibukakan Isnin hingga Khamis dan Sabtu bermula dari 8 pagi hingga 11:30 pagi dan 1:45 petang hingga 3:30 petang; dan bagi Tabung Darah, Hospital Pengiran Isteri Hajjah Mariam, Daerah Temburong dibuka hari Isnin hingga Khamis dan Sabtu dari 9 pagi hingga 11:30 pagi dan 1:30 petang hingga 3:30 petang.

    Selain itu, kenyataan turut menambah bahawa pihak kementerian turut mengadakan kempen derma darah bergerak.

    Bagi kempen derma darah bergerak di Kompleks Membeli-belah Mabohai akan diadakan pada 22 dan 24 Februari dari 10 pagi hingga 3 petang.

    Selain itu, Siam Safetech (B) Sdn Bhd turut mengadakan kempen seumpamanya bertempat di Dewan Muhibbah, Jabatan Daerah Brunei dan Muara pada 26 Februari dan 1 hingga 2 Mac dari 9 pagi hingga 3 petang.

    Justeru itu, orang ramai yang ingin menderma darah di Pusat Pendermaan Darah atau kempen derma darah bergerak adalah digalakkan untuk membuat tempahan slot melalui aplikasi BloodKad.

    Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Pendermaan Darah di talian 2242424 samb. 5745 / 6001 / 6002 atau WhatsApp 8775745 / 7375745 / 7175745 atau e-mel kepada bloodbank@moh.gov.bn dan ikuti Pusat Pendermaan Darah di Instagram dan Facebook @bloodbank.ripas.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...