Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Bapa tegas pindah kubur Vanessa

    Beberapa kali bertegas ingin memindahkan kubur Allahyarham Vanessa Angel, ayah kepada arwah iaitu Doddy Sudrajat tetap akan melaksanakan hasratnya itu pada Februari depan.

    Doddy memaklumkan akan memindahkan kubur tersebut selepas 100 hari pemergian Vanessa.

    Masih tetap dengan perancangannya memindahkan kubur dari Tempat Pemakaman Umum (TPU) Malaka di Ulijami ke TPU Karet Bivak, Tanah Abang dan dimakamkan dalam satu liang lahad bersama arwah ibunya.

    Perkara itu dimaklumkan oleh wakil peguam Doddy Sudrajat dengan menyatakan dua alasan iaitu permintaan daripada arwah sendiri dan keadaan kubur yang selamat.

    Walau bagaimanapun, hasrat Doddy itu mendapat tentangan daripada pelbagai pihak dan mengecam tindakannya yang keterlaluan.

    Doddy sebelum ini memaklumkan pemindahan kubur itu bukanlah atas keinginannya sendiri, namun di atas permintaan Vanessa Angel yang didatangi dalam mimpi.

    Isu memindahkan kubur ini menjadi pendebatan ramai pihak yang mana rata-ratanya mengecam tindakan dan cadangan Doddy itu. – Agensi

    Doddy Sudrajat bertegas ingin memindahkan kubur Allahyarham Vanessa Angel pada Februari depan. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...