Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    BDGA sokong golf tempatan sertai Terbuka 3M

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JUN – Persatuan Golf Brunei Darussalam (BDGA) bersama dengan Perusahaan Stesen Minyak Mar’azmala dan Sonax Brunei menaja lima pemain golf negara untuk menyertai Kejohanan Kelayakan 3M yang bertempat di Pattaya, Thailand, bermula 29 Jun hingga awal Julai tahun ini.

    Pemain-pemain tersebut antaranya ialah Awang Mohd Qawim Fakhri bin Haji Aslimon, antara pemain yang berjaya meraih par terendah berbanding dengan pemain kebangsaan yang lain semasa hari pertama perlawanan kelayakan dengan 71 pukulan, diikuti dengan Pengiran Wirahadikusuma bin Pengiran Haji Mohd Salleh dengan 75 pukulan.

    Sementara itu, Awangku Mohd Syakir bin Pengiran Haji Alli berjaya meraih 76 pukulan, dengan rakan sepasukan, Awang Mohd Aritz Maldini bin Haji Abdul Majid yang menamatkan perlawanan dengan 77 pukulan, manakala Bryan Chiew Chun Hao pula berjaya mendapatkan 79 pukulan.

    Juara bagi peringkat kelayakan itu akan berjaya menempah tempat dengan sokongan tajaan yang memberinya peluang untuk beraksi di Terbuka 3M 2022 yang akan diadakan pada 18 hingga 24 Julai di TPC Twin City, Blaine, Minnesota, Amerika Syarikat, di mana kejohanan tersebut menyediakan hadiah utama bernilai AS$7.5 juta.

    BDGA dengan sokongan daripada Perusahaan Stesen Minyak Mar’azmala serta Sonax Brunei membuat pelaburan kepada pemain supaya mereka didedahkan dengan kejohanan sekali gus memberi peluang kepada pemain golf elit Brunei untuk bersaing di peringkat antarabangsa dengan tujuan meningkatkan tahap persaingan mereka.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...