Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Bekas pemimpin kembali pertahankan Ukraine dari Rusia

    KYIV, 17 JAN – Bekas presiden Ukraine, Petro Poroshenko kembali ke Kyiv dari Eropah hari ini walaupun berisiko ditangkap, berikrar untuk membantu melindungi negara bekas Soviet itu daripada kemungkinan pencerobohan Rusia.

    Poroshenko, yang berkhidmat sebagai presiden dari 2014 hingga 2019, diletakkan di bawah siasatan kerana pengkhianatan besar dan meninggalkan Ukraine pada Disember lalu.

    Dia kembali ke Kyiv hari ini melalui penerbangan dari Warsaw dan melepasi kawalan pasport di tengah-tengah keadaan huru-hara, berkata kemudian bahawa pengawal sempadan cuba menghalangnya daripada memasuki negara itu.

    Mahkamah di Kyiv akan memutuskan pada Isnin kemudian sama ada akan meletakkan Poroshenko dalam tahanan pra-perbicaraan.

    Beribu-ribu penyokongnya berkumpul berhampiran lapangan terbang untuk bertemu Poroshenko.

    Petro Poroshenko melambai semasa perhimpunan di luar lapangan terbang sebaik tiba di Kyiv hari ini. – AFP

    Dia memberitahu mereka dia telah kembali untuk membantu Ukraine menghadapi “ancaman pencerobohan Rusia yang semakin meningkat” dan menuduh penggantinya, Presiden Volodymyr Zelensky, “mengkhianati” negara itu.

    Ketegangan berada pada tahap tertinggi sepanjang masa antara Barat dan Rusia, yang didakwa Ukraine mengerahkan tenteranya di sempadan berikutan kemungkinan serangan.

    Jumaat lalu, Washington menuduh Moscow menghantar pensabotaj yang terlatih dalam bahan letupan untuk melancarkan insiden yang boleh menjadi alasan untuk menyerang jiran pro-Barat itu.

    “Kami di sini untuk bersatu dan mempertahankan Ukraine,” kata Poroshenko kepada orang ramai, yang mengangkat poster bertulis “Kami Perlu Demokrasi” dan “Lepaskan Poroshenko”.

    “Sekarang saya menuju ke mahkamah di mana kita akan mencabar mereka,” katanya.

    Poroshenko, 56, adalah salah seorang lelaki terkaya di negara itu. Dia dipilih sebagai presiden selepas Rusia menakluki semenanjung Crimea dan ketika pertempuran semakin memuncak antara tentera Kyiv dan ahli pemisah yang disokong Moscow di timur perindustrian negara tersebut. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...