Sunday, May 19, 2024
28.2 C
Brunei

    -

    Bintang-bintang John Wick beri penghormatan terakhir

    Keanu Reeves dan Laurence Fishburne adalah antara bintang-bintang filem John Wick: Chapter 4 yang memberikan penghormatan terakhir kepada Lance Reddick, rakan sekerja mereka yang meninggal dunia secara tiba-tiba minggu lepas.

    “Kita kehilangan saudara kita, dalam keadaan yang sangat mengejutkan. Saya fikir kita masih dalam keadaan terkejut. Hidup ini, kadangkala sukar,” kata Fishburne.

    Ramai daripada mereka yang terlibat dalam filem itu memakai reben biru untuk menghormati Reddick, yang merupakan watak yang cukup produktif dengan peranan penting dalam The Wire, Oz dan francais filem John Wick.

    “Hanya untuk berada di sampingnya dan mendapat peluang untuk bekerja dengannya, saya akan menghargai kenangan itu selama-lamanya,” kata Reeves. “Dia mempunyai semangat yang besar untuk kerjanya dan kemahirannya. Dia seorang yang rendah hati, bermaruah dan berwibawa.”

    Reddick, 60 tahun, meninggal pada hari Jumaat di Los Angeles akibat sebab semula jadi, kata pengurus peribadinya, Mia Hansen. Tiada butiran lanjut disediakan. – AFP

    Keanu Reeves (kiri), dan Laurence Fishburne berjalan di atas permaidani bersama-sama pada tayangan perdana filem itu, di Los Angeles, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiada peralihan tenaga tanpa China- CEO Siemens Energy

    BEIJING, 19 MEI - Peralihan tenaga tanpa China tidak berfungsi, Christian Bruch, ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemens Energy, memberitahu pemberita minggu ini, sambil menegaskan...