Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Bintang Frozen diiktiraf pada Anugerah Disney Legends

    Bintang alih suara filem animasi popular, Frozen iaitu Kristen Bell, Idina Menzel, Jonathan Groff dan Josh Gad masing-masing menerima trofi Disney Legends pada Anugerah Disney Legends di Pusat Konvensyen Anaheim, baru-baru ini.

    Anugerah Disney Legends yang menjadi acara pembukaan ekspo terbesar anjuran The Walt Disney Company, D23 Expo : The Ultimate Fan Event diberi kepada individu yang banyak berjasa terhadap syarikat hiburan antarabangsa, The Walt Disney Company.

    Turut menerima anugerah adalah bintang utama siri televisyen (TV) popular, Grey’s Anatomy, Patrick Dempsey dan Ellen Pompeo serta aktor Chadwick Boseman, Anthony Anderson dan Tracee Ellis Ross.

    Tidak ketinggalan individu belakang tabir yang banyak memberikan sumbangan luar biasa kepada pembangunan The Walt Disney Company iaitu Robert Coltrin, Robert Price Foster, Doris Hardoo, Don Hahn dan Chris Montan.

    Kristen yang menghidupkan watak Anna, berjenaka mengenai filem Frozen dan Frozen 2 yang menjadi kegemaran kanak-kanak serta berterima kasih di atas peluang menghidupkan watak berkenaan.

    (Dari kiri) Idina, Josh, Kristen dan Jonathan yang menerima pengiktirafan pada Anugerah Disney Legends di Pusat Konvensyen Anaheim, Los Angeles, Amerika Syarikat. – Agensi

    “Saya minta maaf kepada semua ibu bapa yang terpaksa mendengar dan menonton Frozen berulang kali. Saya merasakannya dan saya faham.

    “Disney mengajar saya untuk mempunyai mimpi dan mengikut kata hati.

    “Memainkan watak Puteri Anna adalah suatu pencapaian dalam hidup saya, selain anak-anak saya.

    “Saya sangat gembira menjadi sebahagian daripada keluarga Disney,” katanya.

    Frozen yang diterbitkan pada 2013 mencipta fenomena menerusi lagu seperti Let it Go dan Do You Want to Build a Snowman. Pada 2019, Disney kembali dengan Frozen 2, sekuel yang meraih kutipan pecah panggung lebih RM6.2 bilion di seluruh dunia.

    Tidak ketinggalan, Ellis Ross mengucapkan terima kasih kepada Disney yang memberikan platfrom kepada pelakon kulit hitam untuk membintangi siri siaran ABC, Blackish.

    Anugerah Disney Legends diakhiri dengan penghormatan kepada bintang filem Black Panther, mendiang Chadwick Boseman. Abangnya, Derrick tampil menerima anugerah berkenaan. Boseman meninggal dunia akibat kanser kolon tahap empat pada 2020 pada usia 43 tahun.

    Semua penerima anugerah Disney Legends kemudian bergambar dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), The Walt Disney Company, Bob Chapek yang membuka tirai D23 Expo. 

    Anugerah Disney Legends dianjurkan sejak 35 tahun lalu sebagai a-cara tradisi The Walt Disney Company. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...