Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Boeffi perkenalkan kerusi, meja Ergonomics

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 OGOS – Boeffi International (B) Sdn Bhd yang merupakan jenama Brunei, mengembangkan pasaran produknya di negara ini dengan menawarkan produk terbaharu iaitu barisan kerusi dan meja elektronik profesional, Ergonomics yang tersedia dalam dua koleksi iaitu The Office Collection dan The Gamer Collection.

    Sehubungan itu, syarikat berkenaan telah mengadakan acara tontonan khas julung kalinya bagi menampilkan produk-produk tersebut kepada orang ramai yang berlangsung di Bilik Pameran CRIT Esports, Kiarong, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat berkenaan, acara tontonan khas akan diteruskan lagi dengan Boeffi pop-up selama tiga hari bermula esok di Boeffi Brand Store, Kompleks Beli-belah Times Square.

    Pengurus Besar Boeffi, Marilyn Lim menjelaskan, kerusi Ergonomics Boeffi amat memberi keselesaan pada bahagian anggota belakang dengan mengekalkan postur seseorang, dilengkapi lagi dengan meja yang mampu mewujudkan suasana tempat bekerja yang sempurna.

    Kerusi Ergonomics menampilkan pelbagai ciri hebat yang direka untuk meningkatkan keselesaan dan kecekapan ke tahap seterusnya yang sekali gus mampu mengurangkan risiko sakit belakang, masalah leher dan bahu.

    Antara kerusi dan meja Ergonomics yang ditawarkan Boeffi. – Gambar serahan Boeffi International
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...