Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    BP beli projek tenaga boleh diperbaharui Australia

    SYDNEY, 15 JUN – Syarikat gergasi bahan api fosil British Petroleum (BP) mendedahkan kelmarin bahawa ia mengambil 40.5 peratus kepentingan dalam projek tenaga Australia yang dibilkan sebagai salah sebuah stesen janakuasa boleh diperbaharui terbesar di dunia.

    BP berkata, ia akan mengendalikan Hab Tenaga Boleh Diperbaharui Asia bernilai AS$36 juta itu, yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan solar dan angin yang tersebar lebih 6,500 kilometer persegi di pantai barat Australia yang sedikit penduduknya.

    Projek tersebut dijangka mempunyai kapasiti penjanaan 26 gigawatt, melebihi empangan hidroelektrik Three Gorges yang luas di China.

    Ia juga akan menghasilkan 1.6 juta tan hidrogen hijau setiap tahun, dengan rancangan untuk mengeksport sebahagian besar gas itu ke pasaran utama Asia Pasifik seperti Jepun dan Korea Selatan.

    Hab itu pertama kali dicadangkan pada tahun 2014 sebagai projek tenaga angin dan solar boleh diperbaharui berskala besar dan telah perlahan-lahan melalui proses tinjauan dan kelulusan tapak sejak itu.

    Kemunculan syarikat gergasi seperti BP dan pemilihan kerajaan baharu Australia yang menyokong tenaga diperbaharui berkemungkinan memberi peluang kepada projek itu.

    Naib presiden eksekutif gas dan tenaga rendah karbon BP, Anja-Isabel Dotzenrath, berkata, syarikat itu percaya bahawa “Australia mempunyai potensi untuk menjadi kuasa besar dalam peralihan tenaga global”.

    Projek itu adalah salah satu daripada beberapa cadangan besar tenaga boleh diperbaharui dalam pembangunan seluruh Australia, termasuk jutawan teknologi Sun Cable, Mike Cannon-Brookes, yang merancang untuk menjadi rangkaian infrastruktur tenaga solar terbesar di dunia. Australia juga antara pengeksport bahan api fosil teratas dunia. – AFP

    BP kelmarin telah membeli projek tenaga boleh diperbaharui Australia dengan nilai AS$36 juta. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...