Saturday, March 25, 2023
22.9 C
Brunei

-

California luluskan teksi robotik pertama

CALIFORNIA, 3 JUN – Pengawal selia California kelmarin meluluskan perkhidmatan teksi robotik untuk mengenakan bayaran kepada penumpang bagi perjalanan tanpa pemandu di San Francisco yang pertama di negeri itu.

Suruhanjaya Utiliti Awam California telah sebulat suara memberikan kelulusan kepada Cruise, sebuah syarikat yang dikawal oleh pembuat kereta General Motors, bagi melancarkan perkhidmatan pengangkutan tanpa pemandunya.

Pengawal selia mengeluarkan permit walaupun terdapat isu keselamatan yang timbul daripada ketidakupayaan Cruise bagi mengambil dan menurun-kan penumpang di tepi jalan dalam teksi autonominya.

Perkhidmatan ride-hailing pada mulanya akan terdiri daripada hanya 30 kenderaan elektrik terhad untuk membawa penumpang di kawasan kurang sesak di San Francisco mulai jam 10 malam hingga 6 pagi.

Sekatan tersebut bertujuan meminimumkan kemungkinan teksi robotik menyebabkan kerosakan harta benda, kecederaan atau kematian jika berlaku sesuatu yang tidak diingini. – AP

Teksi robotik, Cruise AV buatan General Motor mula diperkenalkan di California kelmarin. – AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun tingkat kerjasama

TOKYO, 23 MAC - Jepun dan Korea Selatan hampir serentak menarik tuntutan eksport mereka terhadap satu sama lain sebagai tanda terbaharu hubungan yang bertambah...
- Advertisment -